Gerbang Pelaut
|
Fungsi KWPPL
KWPPL adalah organisasi akaun amanah di bawah pentadbiran Jabatan Laut Malaysia khusus bagi membantu aspek pembangunan latihan, kebajikan, dan perkembangan kerjaya pelaut tempatan. Penubuhan KWPPL
Ditubuhkan pada 24 Februari 1953, melalui Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 di bawah Kaedah Perkapalan Saudagar (Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut) 1953. Struktur KWPPL Dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Laut dan diterajui oleh 6 orang Ahli Jawatankuasa. Setiausaha dan Sekretariat KWPPL terdiri daripada khidmat bantuan yang diberikan oleh kakitangan Jabatan Laut Malaysia. |
Info SemasaDengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pendaftaran kini dibuka bagi Refresher Course for Maritime COC Holder yang ditawarkan khas kepada pemegang Sijil Perakuan Kekompetenan (COC) yang pada masa ini tidak belayar (Not Sailing).
📅 Tarikh: 28 – 29 April 2026 📍 Tempat: Auditorium Aras 5, Jabatan Laut Malaysia, Ibu Pejabat Laut, Menara Dius Api Sila imbas kod QR yang disediakan di bawah atau hubungi pihak kami secara terus untuk melengkapkan proses pendaftaran. |
|
Jumlah Pelaut Tempatan Berdaftar Aktif 2026
64,449 |
Pelaut Terima Bantuan Latihan 2024
84 |
Purata Kapal Malaysia Aktif 2026
1422 |